Penindasan
terhadap etnik Rohingya
Pengenalan
1.0 Sejarah penghapusan etnik di dunia.
Usaha
penghapusan sesebuah etnik telah lama terjadi di muka bumi, dan salah satu kes
penghapusan etnik terbesar yang pernah terjadi adalah penghapusan etnik Yahudi
oleh Nazi Jerman semasa perang dunia ke-2. Pembunuhan besar-besaran bangsa di
Rwanda adalah pembunuhan beramai pada tahun 1984 yang melibatkan beratus-ratus
ribu orang (lebih kurang 500 ribu orang) dari dua kaum di Rwanda iaitu Kaum
Tutsi dan Kaum Hutu menjadi mangsa. Kes penghapusan etnik atau ethnic
cleansing yang cukup popular pada tahun 1990-an adalah kes penghapusan
etnik Bosnia oleh Kaum Serbia. Kejadian ini berlaku kerana tidak mahu Islam
menguasai Srebrenica-Bosnia, maka kaum Serbia Bosnia yang dipimpin oleh Jeneral
Ratko Mladic mengarahkan tentaranya untuk membunuh 8,000 lelaki dan remaja dari
Etnik Islam Bosnia di wilayah itu. Selain itu, pembersihan etnik in juga pernah berlaku
pada negara Indo-China seperti Kampuchea dan Laos. Hal ini berlaku adalah
disebabkan oleh perebutan kuasa. Dalam tempoh 1975 hingga 1979 sahaja, lebih
daripada 2 juta rakyat Kemboja terkorban di bawah pemerintahan pemimpin Khmer
Rouge, Pol Pot (Macionis, 1998: 223). Pertempuran ini juga merebak ke Laos dan
pertempuran yang bermula sejak tahun 1975 oleh pihak kerajaan komunis, telah
meragut nyawa seramai 300,000 orang (Pobzeb, 1997). Konflik di negara-negara
Indo-China lebih merupakan jenayah kemanusiaan, di mana rakyat jelata yang
tidak berdosa telah dijadikan mangsa dalam usaha penyebaran ideologi komunis.Tidak
berakhir di situ, kesinambungan keganasan ini telah mereba sehingga kini
melibatkan etnik minority Negara myanmar iaitu Rohingya.
1.1 Penghapusan etnik Rohingya Negara
Myanmar.
Penganiayaan
dan pencabulan sesebuah kaum atau etnik oleh sekelompok orang atau suatu negara
adalah disebabkan oleh perasaan takut atau tidak suka dengan bakal kebangkitan
atau pengaruh daripada kaum tersebut. Peristiwa penghapusan kaum yang terjadi
di alaf 21 ini adalah usaha penghapusan Kaum Muslim Etnik Rohingya oleh
Kerajaan Myanmar. Usaha penghapusan Kaum Rohingya ini telah lama terjadi
sehingga saat ini, akan tetapi tiada sebarang tindakan mahupun tekanan kepada
Kerajaan Myanmar oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) atau oleh negara
adikuasa seperti Amerika, walaupun secara realitinya kerajaan Myanmar telah
melakukan tindakan yang melanggar hak asasi manusia. Terdapat pelbagai faktor
diantaranya faktor politik yang menyebabkan seolah-olah dunia berdiam diri
terhadap nasib kaum Rohingya. Menurut sejarah, adalah diketahui bahawa usaha
penghapusan kaum Rohingya telah lama terjadi di Myanmar. Dalam konteks ini
termasuklah peranan Kerajaan Myanmar, masyarakat Myanmar dan yang menyedihkan,
termasuk juga pemuka agama Buddha di sana yang “mengizinkan” atau menyetujui
penyingkiran atau penghapusan Kaum Muslim Rohingya. Mereka memandang bahawa
kaum ini bakal memberi masalah atau “menguasai” Myanmar di kemudian hari
sehingga menghilangkan ciri-ciri, budaya dan agama asal Myanmar di masa hadapan.
Pelbagai usaha oleh kumpulan NGO dari seluruh dunia telah dilakukan untuk
menghentikan penindasan dan dan penganiyaan terhadap Kaum Rohingya ini akan
tetapi usaha mereka itu sia-sia sahaja.Dari aspek Viktimologi konflik antara
dua entiti dalam suatu hubungan masyarakat mengakibatkan pihak yang lemah
menjadi mangsa akibat di aniaya oleh perbuatan pihak yang lebih agresif atau
hebat dari segi fizikal dan kekuasaan. Maka tindakan oleh kerajaan Myanmar ini
terhadap rakyat nya sendiri dari etnik yang berbeza dari arus perdana adalah
suatu institutional victimization. Hal ini juga pernah berlaku di zaman
Peperangan Dunia Kedua di mana pihak Nazi melakukan ethnic cleansing terhadap
etnik Yahudi di negara Jerman dan juga semasa peperangan saudara di negara yang
dahulunya Yugoslavia terhadap etnik Bosnia beragama Islam.
2.0 Latar Belakang
negara Myanmar.
Menyoroti sejarah, Myanmar merupakan sebuah negara yang mengamalkan corak pemerintahan junta tentera bermula sejak tahun 1962 di bawah pimpinan Jeneral Ne Win. Dari sudut geografi, Myanmar terletak di timur India, sebelah barat bersempadan dengan Laut Andaman, sebelah utara dengan India, timur dengan China dan selatan dengan Thailand. Luas seluruh wilayah Myanmar ini ialah 678 000 km persegi (Michael Leifer, 1995) .Myanmar terbahagi kepada empat kawasan utama iaitu Dataran Tinggi Shan, Lembah Irrawaddy, Jajaran Banjaran Utara dan Kawasan Pantai Arakan. Selanjutnya, Myanmar juga merupakan negara yang bersifat multi-etnik dimana ia telah dibuktikan oleh J. S. Furnival melalui kajian ulung beliau iaitu mengenai masyarakat majmuk dan istilah ini juga telah diguna pakai sehingga hari ini. Jika dilihat dari sudut kumpulan penduduk, umumnya penduduk Myanmar boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu Tibeto-Myanmarn, Mon-Khmer dan Tai-China (Azharudin Mohamed Dali Abdullah, 2012). Boleh dikatakan hampir 70 peratus penduduk Myanmar adalah orang Myanmarn, manakala bagi orang Shan pula mereka merupakan penduduk minoriti di negara tersebut. Di samping itu, terdapat juga etnik minoriti seperti Karen, Chin, Kachin dan Myanmar. Jika dilihat dengan lebih mendalam, di setiap wilayah Myanmar mempunyai kelompok etnik yang berbeza dan kepelbagaian etnik ini dilihat menjadi masalah utama di Myanmar sejak negara itu mencapai kemerdekaan lagi. Manakala dari sudut agama pula, majoriti penduduk mengamalkan ajaran agama Buddha dan agama ini menjadi agama negara serta menjadi teras penting terhadap masyarakat dan negara. Walau bagaimanapun, sejarah membuktikan bahawa Myanmar tidak terlepas daripada arus perkembangan agama lain seperti Islam, Kristian, dan Hindu yang menjadi agama minoriti penduduknya. Perbezaan pegangan inilah yang menyebabkan berlakunya masalah etnik yang tidak dapat diselesaikan sejak pemerintahan U Nu sehingga ke hari ini.
2.1 Asal Usul Etnik Rohingya.
Nama Myanmar yang merujuk kepada masyarakat ini adalah berasal daripada perkataan Rohang iaitu nama lama bagi Rakhine. Myanmar bermaksud ‘yang dikasihi’ atau ‘yang penyayang’. Terdapat juga pandangan lain yang mengatakan istilah Myanmar adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘Rahm’ yang bermaksud ‘simpati atau dirahmati’’ ( Mohammad Ali Chowdhury, 2004). Namun, terdapat perbezaan pandangan antara sejarawan dan sarjana yang mengatakan bahawa Myanmar merupakan keturunan masyarakat Islam yang berasal dari Ruha atau Ruh yang terletak di Afghanistan, bukannya dari Arab. Sejarah kehadiran Rohingya ke Myanmar sangat panjang dan mempunyai fasa-fasa yang tertentu. Secara keseluruhannya, orang Rohingya merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar yang kebanyakannya tinggal di sebelah barat Myanmar iaitu Rakhine (Arakan) yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah berketurunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Rakhine dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini bermula pada abad ke-7 Masihi lagi.
Pada hakikatnya, terdapat pelbagai pendapat yang telah dikemukakan oleh para sarjana tentang kedatangan orang Rohingya di Myanmar, antaranya ialah Abu Talib Ahmad. Beliau menyatakan bahawa masyarakat Rohingya telah datang ke Myanmar pada abad ke-20 Masihi lagi dan menetap di sekitar Akyab-Chittagong. Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Pandangan ini turut disokong oleh Aye Chan di mana beliau telah menyatakan bahawa orang Rohingya merujuk kepada keturunan imigran dari Chittagong dan mereka menetap di Rakhine setelah wilayah tersebut jatuh ke tangan British di bawah perjanjian Yandabo 1826 ( Azlinariah Abdullah, 2012) Kini, umat Islam Myanmar merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese. Namun, umat Islam Myanmar telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak junta tentera Myanmar.
Menyoroti sejarah, Myanmar merupakan sebuah negara yang mengamalkan corak pemerintahan junta tentera bermula sejak tahun 1962 di bawah pimpinan Jeneral Ne Win. Dari sudut geografi, Myanmar terletak di timur India, sebelah barat bersempadan dengan Laut Andaman, sebelah utara dengan India, timur dengan China dan selatan dengan Thailand. Luas seluruh wilayah Myanmar ini ialah 678 000 km persegi (Michael Leifer, 1995) .Myanmar terbahagi kepada empat kawasan utama iaitu Dataran Tinggi Shan, Lembah Irrawaddy, Jajaran Banjaran Utara dan Kawasan Pantai Arakan. Selanjutnya, Myanmar juga merupakan negara yang bersifat multi-etnik dimana ia telah dibuktikan oleh J. S. Furnival melalui kajian ulung beliau iaitu mengenai masyarakat majmuk dan istilah ini juga telah diguna pakai sehingga hari ini. Jika dilihat dari sudut kumpulan penduduk, umumnya penduduk Myanmar boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu Tibeto-Myanmarn, Mon-Khmer dan Tai-China (Azharudin Mohamed Dali Abdullah, 2012). Boleh dikatakan hampir 70 peratus penduduk Myanmar adalah orang Myanmarn, manakala bagi orang Shan pula mereka merupakan penduduk minoriti di negara tersebut. Di samping itu, terdapat juga etnik minoriti seperti Karen, Chin, Kachin dan Myanmar. Jika dilihat dengan lebih mendalam, di setiap wilayah Myanmar mempunyai kelompok etnik yang berbeza dan kepelbagaian etnik ini dilihat menjadi masalah utama di Myanmar sejak negara itu mencapai kemerdekaan lagi. Manakala dari sudut agama pula, majoriti penduduk mengamalkan ajaran agama Buddha dan agama ini menjadi agama negara serta menjadi teras penting terhadap masyarakat dan negara. Walau bagaimanapun, sejarah membuktikan bahawa Myanmar tidak terlepas daripada arus perkembangan agama lain seperti Islam, Kristian, dan Hindu yang menjadi agama minoriti penduduknya. Perbezaan pegangan inilah yang menyebabkan berlakunya masalah etnik yang tidak dapat diselesaikan sejak pemerintahan U Nu sehingga ke hari ini.
2.1 Asal Usul Etnik Rohingya.
Nama Myanmar yang merujuk kepada masyarakat ini adalah berasal daripada perkataan Rohang iaitu nama lama bagi Rakhine. Myanmar bermaksud ‘yang dikasihi’ atau ‘yang penyayang’. Terdapat juga pandangan lain yang mengatakan istilah Myanmar adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘Rahm’ yang bermaksud ‘simpati atau dirahmati’’ ( Mohammad Ali Chowdhury, 2004). Namun, terdapat perbezaan pandangan antara sejarawan dan sarjana yang mengatakan bahawa Myanmar merupakan keturunan masyarakat Islam yang berasal dari Ruha atau Ruh yang terletak di Afghanistan, bukannya dari Arab. Sejarah kehadiran Rohingya ke Myanmar sangat panjang dan mempunyai fasa-fasa yang tertentu. Secara keseluruhannya, orang Rohingya merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar yang kebanyakannya tinggal di sebelah barat Myanmar iaitu Rakhine (Arakan) yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah berketurunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Rakhine dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini bermula pada abad ke-7 Masihi lagi.
Pada hakikatnya, terdapat pelbagai pendapat yang telah dikemukakan oleh para sarjana tentang kedatangan orang Rohingya di Myanmar, antaranya ialah Abu Talib Ahmad. Beliau menyatakan bahawa masyarakat Rohingya telah datang ke Myanmar pada abad ke-20 Masihi lagi dan menetap di sekitar Akyab-Chittagong. Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Pandangan ini turut disokong oleh Aye Chan di mana beliau telah menyatakan bahawa orang Rohingya merujuk kepada keturunan imigran dari Chittagong dan mereka menetap di Rakhine setelah wilayah tersebut jatuh ke tangan British di bawah perjanjian Yandabo 1826 ( Azlinariah Abdullah, 2012) Kini, umat Islam Myanmar merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese. Namun, umat Islam Myanmar telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak junta tentera Myanmar.
3.0 Kronologi
penindasan tidak berperikemanusiaan terhadap etnik Rohingya.
Seperti yang kita ketahui, Rohingya
telah ditindas sejak tahun 1784 lagi. Dalam perhitungan sehingga hari ini,
mereka hidup dalam suasana begini sudah hampir 230 tahun.Natijahnya sudah
banyak nyawa yang terkorban, jiwa yang derita, air mata sudah kekeringan, tidak
ketinggalan juga yang kehilangan tempat berteduh dek perbuatan pihak yang tidak
bertanggungjawab.Berikut adalah pengkisahan sejak detik permulaan keamanan
etnik ini dicarik-carikkan oleh Negara sendiri.
1784 -Burma menyerang Rakhine pada tahun 1784, penduduk Muslim Rakhine telah
dijadikan sasaran untuk dihapuskan dan dibunuh secara besar-besaran. Motif
mereka adalah untuk menukar Rakhine menjadi satu wilayah Buddha yang
berpengaruh di Burma. Menyusul pemisahan Burma dari India-British dan
pengenalan Peraturan Rumah (Home Rule) 1937, peluang mereka untuk menghapuskan
umat Islam terbuka luas.
1942 -British keluar dari Rakhine. Penduduk Burma mengambil kesempatan ini untuk memprovokasi penganut Buddha di Rakhine. Akibatnya terjadilah kerusuhan besar yang menyebabkan 100,000 kaum Muslimin dibunuh dan ratusan ribu lagi telah melarikan diri ke Bengal Timur.
1962 -Junta tentera mula berkuasa, senario politik di Burma berubah dengan drastik. Dengan kuasa dan kekuatan ketenteraan yang ada, penindasan besar-besaran ke atas kaum Muslimin terus meningkat berlipat kali ganda. Selama hampir empat dekad sahaja, lebih kurang 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka.
1949 -Rusuhan
dicetuskan oleh Burma Territorial Forces (BTF) yang melakukan keganasan dan
pembunuhan ke atas ribuan Muslim dan ratusan tempat kediaman mereka
dimusnahkan.
1978 -Satu kod operasi yang dikenali
sebagai Naga Ming (King Dragon Operation) telah dilancarkan oleh Majlis Negeri
Rakhine (Rakhine State Council) di bawah seliaan Majlis Negara Burma (State
Council of Burma) melalui Rencana 20-tahun Pembasmian Rohingya (the 20-year
Rohingya Extermination Plan).
Operasi ini dimulai pada 6 Februari
1978 di sebuah perkampungan Muslim terbesar, Sakkipara di Akyab, yang telah
menghantar satu gelombang kejutan ke seluruh kawasan dalam masa yang singkat. Berita
mengenai penangkapan dan pembunuhan besar-besaran kaum Muslimin, lelaki dan
wanita, muda dan tua, penyiksaan, pembunuhan dan rogol di Akyab ini telah
meresahkan kaum Muslimin di Rakhine Utara. Pada bulan Mei 1978, operasi telah
sampai ke Buthidaung dan Maungdaw. Ratusan Muslim lelaki dan wanita ditangkap
dan dimasukkan ke dalam penjara dan banyak yang disiksa dan dibunuh. Kaum
wanita pula telah diperkosa di pusat tahanan. Ketakutan melihat kekejaman yang
tidak berperikemanusiaan ini dan ditambah dengan nyawa, harta, kehormatan dan
masa depan yang tidak menentu, membuatkan sebahagian besar Muslim Rohingya lari
meninggalkan kediaman masing-masing dan lari ke sempadan
Burma-Bangladesh.
1991 -Pada 18 Julai 1991, satu lagi
pembasmian etnik dilancarkan dengan nama kod ‘Pyi Thaya’. Terjadilah pembunuhan
dan pemerkosaan kejam ke atas kaum Muslimin Rohingya, pemusnahan tempat tinggal
mereka, termasuklah masjid-masjid. Keadaan ini sekali lagi memaksa Muslim
Rohingya lari beramai-ramai meninggalkan kampung halaman mereka mencari
perlindungan di Bangladesh. Akan tetapi, kerana ada perjanjian
Bangladesh-Myanmar, sebahagian mereka telah dikembalikan ke Rakhine. Sebahagian
lagi hidup dalam keadaan trauma dan ketakutan.
1992 hingga 1995 -Lebih dari 1,500 Muslim (kebanyakannya pemuda) telah dibunuh, ribuan lagi telah ditangkap dan disiksa dengan kejam sekali. Muslimah pula senantiasa menjadi korban pemerkosaan dan hidup dalam ketakutan. Masjid-masjid yang telah sekian lama ada dirobohkan dan diganti dengan pagoda-pagoda baru penganut Buddha. Yang lebih menyedihkan, semua pagoda itu dibangun dengan peluh dan keringat kaum Muslimin yang dipaksa bekerja keras dan disiksa untuk menyiapkannya. Dalam waktu yang sama , pemerintah ‘mencipta’ satu keadaan kelaparan di kawasan tersebut yang memaksa Muslim Rohingya keluar dari situ dan ada yang mati kelaparan .
Mereka dipenjara walaupun tidak
melakukan kesalahan
2001 -Rusuhan terjadi lagi di Rakhine di
mana ratusan masjid dirobohkan dan 10 Muslim serta 2 orang penganut Buddha
dilaporkan terbunuh. Rusuhan ini meletus antara lain kerana pemusnahan patung
Buddha yang dijumpai di Lembah Bamiyan, Afghanistan oleh Taliban dan juga
kerana tersebarnya berita yang memfitnah kaum Muslimin yang dilakukan oleh
penganut Buddha dan anggota-anggota ‘State Peace and Development Council
(SPDC)’ pimpinan Than Shwe (Ketua Tertinggi Junta).
SPDC memang terkenal dengan gerakan ‘anti-Muslim’ yang sering mereka lancarkan di mana ulama dan guru-guru agama Muslim Rohingya sering menjadi korban kekejaman mereka, disamping wanita dan pemuda-pemuda Muslim. Kebanyakan dari pemimpin Muslim Rohingya sekarang ini sedang menjalani masa penjara yang lama atas dakwaan-dakwaan palsu yang diada-adakan terutamanya berkaitan kewarganegaraan. Selain kerusuhan dan pembunuhan, propaganda anti-Muslim merupakan satu perkara rutin yang dimainkan oleh media arus perdana Myanmar.
SPDC memang terkenal dengan gerakan ‘anti-Muslim’ yang sering mereka lancarkan di mana ulama dan guru-guru agama Muslim Rohingya sering menjadi korban kekejaman mereka, disamping wanita dan pemuda-pemuda Muslim. Kebanyakan dari pemimpin Muslim Rohingya sekarang ini sedang menjalani masa penjara yang lama atas dakwaan-dakwaan palsu yang diada-adakan terutamanya berkaitan kewarganegaraan. Selain kerusuhan dan pembunuhan, propaganda anti-Muslim merupakan satu perkara rutin yang dimainkan oleh media arus perdana Myanmar.
2003 -Buku-buku dan pita-pita rakaman yang menghina Islam dan kaum Muslimin didapati dengan mudah di seluruh Burma, malah ada yang dibahagi-bahagikan secara percuma. Pemerintah Burma percaya dapat menguasai wilayah Rohingya-Rakhine selamanya jika Rakhine berhasil diubah menjadi negeri Buddha sepenuhnya. Hasilnya, rakyat Burma dan penganut Buddha di Rakhine khususnya yang telah diracun pemikiran mereka ini terus-terusan berusaha menghapuskan Islam dan kaum Muslimin Rakhine.
2004 -Muslim Rohingya telah dipaksa untuk mengamalkan ajaran Buddha dan dipaksa ikut upacara Buddha . Mereka dipaksa menyumbang wang di dalam setiap acara Buddha yang sering dilakukan. Kawasan ibadat kaum Muslimin juga sering dicemari dengan dijadikan tempat mengubur mayat penganut Buddha. Sementara kaum Muslimin dipaksa membayar biaya pengebumian mayat saudara mereka yang meninggal dunia. Rakhine Utara dijadikan zon tentera dengan pelbagai kezaliman yang mereka lakukan atas kaum Muslimin. Muslim dieksploitasi menjadi buruh paksa untuk membangun asrama tentera, jalan, jambatan, tambak, kuil pagoda, gudang, kolam dan sebagainya tanpa bayaran apa-apa. Kaum wanita pula mengalami ketakutan dengan peristiwa pemerkosaan yang sering terjadi di kawasan tersebut, baik oleh tentera atau pihak kontraktor yang ada. 2012 -Para ekstrimis Buddha Theravadha Rakhine dan Xenophobia telah membuat banyak propaganda-propaganda anti Muslim Rohingnya. Semua itu disebarkan di dalam dan di luar Burma. Sambil melaung-laungkan slogan lama iaitu "Rohingya bukan rakyat Burma, mereka adalah pendatang asing dari Bangladesh".
Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan sebenarnya hendak mengusir Kaum Muslimin di sana. Menurut Amnesty International dan Human Rights Watch, pasukan keselamatan negeri kini telah menjalankan tangkapan beramai-ramai umat Islam dan mereka memusnahkan beribu-ribu rumah. Antara kekejaman yang dilakukan;
3 Jun 2012 -Rombongan
Jemaah Muslim Rohingya baru sahaja kembali dari pembelajaran ilmu agama di
sebuah Masjid. Para Jamaah ini sedang menaiki bas menuju ke daerah Rangoon,
namun di tengah perjalanan mereka dihadang oleh masyarakat Budha. Sekumpulan
masyarakat ini tiba-tiba mengamuk dan berusaha membunuh semua penumpang.
Seorang pemandu, pembantu pemandu dan seorang wanita terkorban. 8 orang Jemaah
turut terbunuh. Lima Jamaah sempat melarikan diri. Pihak pemerintah Burma
kemudiannya telah mengeluarkan arahan darurat selepas kejadian itu. Ini
sekaligus memaksa masyarakat Muslim Rohingnya tidak boleh keluar dari rumahnya
ketika pegawai keamanan memasuki kawasan mereka. Sebaliknya orang-orang Rakhine
bebas berkeliaran sehinggakan mereka bebas menyerang, merompak dan membunuh
kaum muslimin di sana. Petugas Keamanan Rakhine Merompak dan Membakar
Seluruh Harta Benda Kaum Muslimin Rohingnya Ketika Darurat
8 Jun 2012 -Pegawai
Keamanan dan orang-orang Budha Rakhine telah melakukan penyerangan. Mereka
membakar rumah beberapa orang. Lebih dari lima kedai pakaian dirompak, dimana
jumlah kerugian sekitar 150,000,000 kyat (lebih RM 500 ribu). Sebuah masjid di
kampung Sawmawna dimusnahkan. Lebih dari 200 Muslim Rohingnya cedera.
9 Jun 2012 -Penyerangan
oleh para pengganas Budha Rakhine dan Pegawai Keamanan, dimana 100 orang
terbunuh dan hampir 500 orang cedera. Pembunuhan terhadap Kaum Muslim di
Rakhine terus berlaku walaupun pihak tentera telah menyatakan mereka sudah
berjaya mengawal keadaan. Sebahagian besar kaum Muslimin Rohingnya melarikan
diri ke Bangladesh melalui Akyab. Ini kerana keganasan yang terjadi di Negara
bahagian Rakhine tersebut, dimana desa-desa Muslim Rohingnya dibakar dan ramai
Muslim Rohingnya yang dibunuh oleh polis, Pegawai Kemanan dan para pengganas
Budha. Kaum Muslimin Rohingnya beramai-ramai telah menuju ke Bangladesh, kerana
memikirkan bahawa Bangladesh adalah Negara Islam, kerana sesama Muslim maka
mereka akan membantu. Malah harapan hanya tinggal harapan kerana mereka tidak diterima oleh
Negara itu malah diusir.
Sehubungan dengan itu, sehingga
kini,
Kaum Rohingya yang menjadi pelarian di beberapa negara seperti Bangladesh
(400,000 orang), Thailand (60,000 orang), Pakistan (150,000 orang), Malaysia (40,000
orang), dan masih banyak lagi di beberapa negara lain.
Mereka ibarat pendatang dan pengemis di tanah
air sendiri. Hak-hak tanah mereka di rampas, masjid-masjid dan rumah-rumah di
bakar, anak-anak dan wanita di bunuh dengan kejam oleh Rakhine Buddhist.Ibadah
sebagai seorang muslim tidak dapat dijalankan dengan sempurna.Hijab adalah
dilarang,apatah lagi ibadah korban dan haji. Selain itu, masyarakat Rohingya juga dinafikan daripada
hak mendapat jagaan kesihatan atau perubatan samada di hospital mahupun di
klinik-klinik. Mereka dipaksa membayar harga perubatan yang terlalmpau tinggi
dibandingkan masyarakat Myanmar yang lain.
Namun
begitu, kekejaman yang tercetus di sana seolah-olah tidak wujud dan tidak
pernah terjadi apabila masyarakat dunia hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan
diri. Sedangkan mereka di sana hanya menghitung hari menuggu pengakhiran
kehidupan seperti apakah yang bakal mereka hadapi.Adakah dibunuh? Dirogol?
Dibuang ke laut ? atau mati kelaparan?.
4.0
Faktor-faktor keganasan terhadap etnik Rohingya
Berdasarkan kronologi yang telah
terpalit dalam sejarah penderitaan etnik ini, persoalan demi persoalan pasti bermain
di fikiran setiap insan yang bergelar manusia.Apakah kesalahan mereka atau
apakah punca penganiayaan ini terjadi.
Terdapat
lima faktor penyumbang kepada isu keganasan dan penindasan etnik Rohingya telah
dikenalpasti iaitu tidak diakui kewarganegaraannya , dikriminasi agama,
sejarawan Burma menafikan kewujudan etnik
Rohingya, undang-undang ‘Citizenship Law
(1982)’, dan
ketidakpedulian segelintir masyarakat dunia terhadap
penderitaan mereka..
Faktor
pertama ialah Myanmar tidak akui dan mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai
warganegara dan rakyatnya kerana kumpulan itu memasuki negara tersebut pada
kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain. Menurut Perlembagaan Myanmar,
hanya keturunan Bengali dan anak mereka sahaja yang tinggal di negara tersebut
sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948, yang dianggap sebagai
warganegara. Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara
rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara
tersebut.
Faktor kedua bagi
kemelut ini ialah dikriminasi agama Islam
oleh penganut agama uddha. Hal ini keranamasjid tidak diperbaiki, penggantian masjid dengan pagoda Buddha,
perkahwinan dan pergerakan mereka dihadkan, dan pemaksaan keluar dari Islam dan
menganut Buddha. Tambah
menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di
antara mereka yang ditindas, didiskriminasi, dirogol dan sebagainya. Umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan
selebihnya adalah penganut Buddha. Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta
dan terdapat sebanyak 173 etnik .Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama
Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddha.
Seterusnya, penindasan ini tercetus kerana sejarawan Burma menafikan kewujudan etnik
Rohingya dalam sejarah Burma. Ahli-ahli
sejarah Burma sendiri menyatakan bahwa suku bangsa Rohingya belum pernah ada dalam sejarah Burma, dan nama Rohingya muncul
setelah tahun 1950 dan belum pernah
ada sebelumnya. Oleh karena itulah, pemerintah Burma menolak kewarganegaraan
mereka.State Law and Order Restoration Council (SLORC) telah menyisihkan
Rohingyas kerana Rohingya adalah muslim dan agama Buddha mendominasi Burma. Ini
merupakan satu diskriminasi terhadap orang-orang Islam.
Selain itu, undang-undang
‘Citizenship Law (1982)’ yang
diperkenalkan oleh pemerintah junta sedikit sebanyak telah
mengubah corak kehidupan etnik ini.
Undang-undang ini telah menyisihkan etnik ini serta menafikan hak
kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya apabila hanya 135
etnik diiktiraf oleh kerajaan sebagai warganegara.Selama 50 tahun (sejak 1962),
khususnya di bawah pemerintahan junta. Akibatnya tentera Rohingya
mengalami penyisihan tidak dilayan dengan adil dan tindakan-tindakan
terhadap Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.
Akhir Sekali, ialah ketidakpedulian segelintir masyarakat dunia. Negara
jiran seperti Bangladesh menolak kemasukan pelarian Rohingya dalam sempadan negara mereka. Mereka
tidak mengakui Roinga merupakan bangsa
serumpun dengan mereka. Dasar Bangladesh
telah mendapat kecaman masyarakat antarabangsa. Tindakan Banglades menghantar pelarian tersebut semula ke Myanmar lebih menyukarkan pelarian apabila ditindas semula oleh junta Burma.Selain itu antara factor
lain isu ini bermaharajalela ialah dek kerana tiada sebarang tindakan mahupun tekanan kepada Kerajaan
Myanmar oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) atau oleh negara adikuasa
seperti Amerika, walaupun secara realitinya kerajaan Myanmar telah melakukan
tindakan yang melanggar hak asasi manusia.
5.0
Kesan-kesan penindasan terhadap etnik Rohingya.
Penindasan yang dijalankan oleh junta
ini telah memberikan impak yang sangat mendalam terhadap etnik Rohingya .Kesan-kesan yang ketara ialah dari
aspek sosial dan ekonomi.
Misi tidak berperikemanusiaan yang dilancarkan oleh pemerintah di Myanmar sememangnya memberi implikasi buruk kepada golongan kanak- kanak Rohingya umumnya. Hal ini disebabkan oleh mereka telah ditindas dan dinafikan hak mereka daripada mendapat pendidikan di negara mereka sendiri. Sememangnya, golongan ini berhak untuk mendapat kemudahan terutamanya berkaitan dengan pendidikan. Namun begitu, hak mereka telah dinafikan sehingga menyebabkan wujudnya masalah buta huruf dalam kalangan etnik Rohingya. Pihak pemerintah tidak menyediakan kemudahan kepada golongan ini untuk mendapatkan pendidikan seperti masyarakat Myanmar yang lain. Sekolah yang didirikan juga amat sedikit sehingga tidak mampu menampung bilangan kanak- kanak daripada golongan masyarakat ini. Pendidikan yang diberikan adalah amat terhad terutamanya di kawasan kampung. Dianggarkan bahawa hanya terdapat satu sahaja sekolah yang didirikan untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak etnik Rohingya. Tambahan pula, kerajaan telah mengenakan yuran pengajian yang cekik darah kepada golongan ini.Disebabkan tindakan kerajaan yang menghalang masyarakat ini terutamanya golongan kanak- kanak daripada mendapat pendidikan, maka kadar buta huruf dalam kalangan etnik Rohingya amatlah tinggi (Abu Talib Ahmad, 2000). Dengan itu, maka mudahlah pihak tersebut menjalankan kerahan tenaga ke atas masyarakat Rohingya seperti memaksa mereka terutamanya golongan kanak- kanak untuk menjadi buruh di kawasan tapak pembinaan. Hal ini disebabkan oleh pemerintah di Myanmar sememangnya berhasrat untuk menghapuskan terus etnik ini daripada bumi Myanmar. Tindakan yang mereka lakukan ini menunjukkan betapa sengsaranya kehidupan masyarakat Myanmar walaupun mereka sebenarnya berada di negara mereka sendiri.
5.2 Ekonomi
Impak
seterusnya ialah dari aspek ekonomi, dapat dilihat dengan jelas bahawa keadaan ekonomi
kehidupan masyarakat Myanmar ini sangat mundur. Hal ini dapat dikesan melalui
bebanan yang dikenakan oleh pemerintah ke atas golongan ini. Pelbagai cukai dan
bayaran yang tidak seharusnya telah dikenakan kepada golongan ini, namun mereka
terpaksa juga membayar kepada pihak pemerintah. Bebanan bayaran yang perlu
diterima oleh etnik Rohingya ialah pemerintah Myanmar telah mengenakan bayaran
kepada pasangan yang ingin berkahwin. Justeru, mereka yang ingin berkahwin
diharuskan untuk membayar cukai bagi mendapatkan kelulusan untuk berkahwin.
Walaupun bayaran yang dikenakan amat tinggi, namun masyarakat Myanmar terpaksa
menjelaskannya bagi mendapatkan kebenaran untuk berkahwin. Selain itu, proses
untuk membuat pembayaran juga amatlah rumit dan kelulusan berkahwin hanya akan
dapat diperolehi dalam jangka masa yang lama.Di samping itu, mereka terpaksa
berulang-alik ke kem Nasaka yang sememangnya menelan belanja yang sangat tinggi
untuk menyelesaikan masalah bayaran ini. Selanjutnya, sekiranya mereka mendapat
anak selepas berkahwin bayaran yang lain pula akan dikenakan kepada ibu bapa
untuk mendaftar kelahiran anak tersebut. Etnik Rohingya semakin terbeban
apabila bayaran tersebut semakin bertambah dari tahun ke tahun. Selain perlu membayar
untuk proses perkahwinan, golongan ini juga akan dilayan dengan teruk apabila
hendak mendapatkan makanan. Tambahan pula, harga yang dikenakan ke atas makanan
tersebut amatlah tidak munasabah sekali. Di sini jelas menunjukkan bahawa
golongan etnik minoriti ini sememangnya hidup dalam kemiskinan dan bayaran-bayaran
yang dikenakan itu sememangnya memberi bebanan dan tekanan kepada kehidupan
mereka. Keadaan yang berterusan ini menyebabkan etnik Rohingya terus hidup
dalam kemiskinan dan kerja-kerja yang dilakukan bagi meraih pendapatan juga
tidak dapat menampung kos hidup dan bayaran-bayaran yang dikenakan oleh pihak
pemerintah.
6.0 Kesan terhadap Malaysia
Walaubagaimanapun, hakikatnya, isu tragis yang berlaku di myanmar ini
sedikit sebanyak memberi tempias kepada Negara Malaysia dari aspek yang
rencam.Antaranya ekonomi, politik, dan tidak ketinggalan juga sosial.
6.1 Sosial
Dari sudut sosial, Antara kesan yang
jelas sekali ialah kebanjiran pelarian etnik ini di negara
Malasia.Bagi mereka, negara Malaysia
merupakan lokasi yang selamat untuk
mencari perlindungan dengan menggunakan kad
pelarian UNHCR. Mereka dibenar untuk bekerja
di negara ini. Namun terdapat laporan dari media maya yang mengatakan isu
pelarian Rohinga menjadi pengemis di jalanan.Hal ini secara dalamanya dapat
mencemarkan imej Negara.
6.2 Politik
Selain
itu, isu ini mengeruhkan hubungan antara dua agama iaitu Islam dan Buddha.
Isu ini boleh memberi gambaran
negative dan buruk kekejaman penganut Buddha teradap umat Islam. Pertempuran dan penindasan
sering berlaku antara orang Islam
Rohingya dan penganut Buddha yang menyebabkan ramai orang Islam Rohingyat
teraniaya dan hilang tempat berteduh.Dalam konteks ini, Walaupun berbeza kaum, namun atas
nama agama, umat Islam negara ini mengutuk keras tindakan kejam penganut agama
Buddha terhadap
etnik Muslim . Ianya sedikti
sebanyak melahirkan rasa benci antara penganut dua agama ini, dan
dikhatiri juga timbul perselisihan dan perang dingin antara kedua-dua penganut
agama Islam dan Buddha.
6.3 Ekonomi
Selanjutnya
, impak terhadap ekonomi Negara tercetus akibat daripada Kedatangan pelarian
Rohingya dalam jumlah yang banyak memerlukan kem pelarian yang besar dan mempunyai kelengkapan yang cukup bagi menampung keperluan pelarian ini. Ini memberi kos perbelanjaan yang besar kepada kerajaan dan UNHCR. Namun begitu, ianya bukanlah beban kerana adalah menjadi
tanggungjawab sosial dan kemanusiaan negara ini membantu pelarian tersebut.Tambahan
pula mereka adalah saudara seakidah kita. "Ini semata karena sesama
umat
Islam itu bersaudara, seperti firman Allah di dalam
surat Al-Hujurat ayat sepuluh.
Selain itu, Nilai kemanusiaan juga semakin hari semakin luntur dalam masyarakat. Isu penindasan seperti ini seakan sudah menjadi kebiasaan.Masyarakat tidak terlalu ambil peduli mengenai isu ini. Hasil pemantauan
perincangan di forum Cari Gold di laman maya jelas bersetuju dengan tindakan kejam dan tiada
perikemanusiaan oleh junta Burma
terhadap etnik Rohingya ini.
6.0
Inisiatif dan cadangan yang boleh diimplementasikan Bagi mengatasi kemelut etnik Rohingya.
Sesungguhnya,
tiada simpulan tidak mampu dihuraikan. Setelah meneliti hujung pangkal konflik
yang menyekat keamanan etnik ini, pada pendapat saya, antara inisiatif yang
boleh diambil ialah kerajaan
Malaysia seharusnya menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.
Seterusnya menagmbil inisiatif sistematik dan berterusan agar Rohingya dapat
mendapatkan kewarganegaraan mereka.
Selain itu, masyarakat
dunia perlu menggesa junta Burma menghentikan penindasan dan
kekejaman ke atas orang-orang Rohingya dengan secepat mugkin sebelum lebih
ramai lagi nyawa yang melayang. Penyiasatan hendaklah dilakukan secara
menyeluruh bagi menentukan kedudukan sebenar orang-orang Rohingya.
Peranan Association of Southest Asian
Nation (ASEAN) untuk bersuara
dan meminta kerajaan Junta menghentikan penyiksaan ini amat perlu kerana
Myanmar merupakan salah satu anggota ASEAN. Kerajaan Junta pula mesti menyiasat kembali undang-undang yang telah
digubal khususnya Citizenship Law (1982) dan dimansuhkan.
Oleh itu masyarakat Rohingya dapat diiktiraf sebagai warganegara.
Aung San Su Kyi yang pernah memenangi anugerah Hadiah Nobel yang
melambangkan keamanan, kebebasan dan pejuang hak asasi manusia untuk mainkan
peranan yang lebih jujur dan komited serta bertegas dengan kerajaan di Rangon
untuk menghentikan kezaliman ini.
7.0 Kesimpulan
Konklusinya, Aktiviti
pembasmian etnik ini seolah-olah berkesinambungan dari abad ke abad sehingga
kini. Umumnya, masyarakat melihat faktor kewarganegaraan dan sebagai faktor utama yang menyebabkan Rohingya
menjadi etnik paling malang di Myanmar. Walau bagaimanapun, dapat dinyatakan di
sini juga bahawa faktor agama turut menjadi punca kepada penderitaan etnik ini.
Selain itu, kaum ini juga dikatakan tidak memberi sumbangan kepada perkembangan
ekonomi Myanmar dan dengan itulah masyarakat Rohingnya ini tidak mendapat
pengiktirafan sebagai warga Myanmar. Ketiadaan identiti dan dokumen pengenalan
diri menyebabkan mereka ditolak daripada Myanmar dan hal ini juga merupakan
salah satu agenda utama kerajaan tersebut untuk membuang terus etnik ini dari
bumi Myanmar. Pelbagai kekejaman dan penindasan yang menimpa etnik ini dari
sekitar tahun 1784 sehingga sekarang mereka terpaksa menjadi pelarian di negara
sendiri iaitu hampir 230 tahun.Hal ini turut memberi kesan buruk kepada
ekonomi, sosial apaatah lagi politik mereka. Penderitaan ini menyebabkan mereka
mencari kawasan perlindungan lain dengan berhijrah ke negara jiran tetapi
mereka turut diusir dari negara tersebut dengan penuh kezaliman.
Masalah orang-orang Rohingya jika tidak diselesaikan dengan segera tidak mustahil etnik ini akan terhapus dan ini juga mampu menggugat umat Islam di seluruh dunia. Semua pihak patut ambil peranan dan memperjelaskan isu ini kepada Myanmar supaya mereka mengetahui akan kezaliman yang dilakukan mereka adalah tidak berperikemanusiaan.
Masalah orang-orang Rohingya jika tidak diselesaikan dengan segera tidak mustahil etnik ini akan terhapus dan ini juga mampu menggugat umat Islam di seluruh dunia. Semua pihak patut ambil peranan dan memperjelaskan isu ini kepada Myanmar supaya mereka mengetahui akan kezaliman yang dilakukan mereka adalah tidak berperikemanusiaan.
Sajak untuk
Rohingya
Taufan Rohingya
Sedang dunia asyik dibuai keamnanan
taufan keganasan menerjah
menakluki bumi rohingya
perkhabaran duka berpusar
mengililingi, menghiasi bumi gersang itu
kencang, pantas meniup
hak asasi mereka.
Namun,
kuasa mengkaburi badai itu
penindasan rancak berjoget
pembunuhan berirama merdu
penyeksaan berpesta ria
setiap sudut dililingkari kekejaman tanpa batas
rohingya undur dengan sendiriannya
rohingya sarat menanggung harapan
sekelumit semangat mengocak sanubari
tetapi hanya hujah menjangkaui tindakan
Lalu,
Kekecewaan jiwa lahir mencengkam
lantaran keluhan jiwa bertali sepi
itu bukan alas an, itu bukan penamat
berabad rohingya menyusuri liku
pasti bebas jua dari taklukan kekejaman.
(Alnooraisza Ahmad)
Tanjung Malim
No comments:
Post a Comment