music player


counters
Showing posts with label Di sini lahirnya sebuah cinta. Show all posts
Showing posts with label Di sini lahirnya sebuah cinta. Show all posts

Tuesday, 14 October 2014

Persediaan untuk Peperiksaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan di ipg kampus perempuan melayu...Apa khabar semua......?Harap-harap semuanya sihat sejahtera dan bahagia selalu....Kawan-kawan, dalam kita 'honeymoon' dengan drama-drama korea seperti lovely girl, School, The heirs dan banyak serta novel-novel cinta seperti 7 hari mencintaiku, akankah bahagia itu milik kita, cinta kontrak dan sebagainya .janganlah kita lupa bahawa peperiksaan akan 'menjemput' kita tidak lama lagi...jadi banyak-banyakanlah bersedia..Sehubungan dengan itu, di sini saya ingin berkongsi serba sedikit tips-tips belajar secara berkesan..InsyaAllah...ingat kawan,berjuanglah demi ilmu berkorbanlah demi kejayaan...Oppurtunity knock but once.....jadi bersiap sedialah anda...



TEKNIK BELAJAR BERKESAN



Pengenalan


Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.


Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.

Teknik Belajar 5R-STUV


  1. Recopy                                  [salin semula]
  2. Rework all model 5 x            [buat semula contoh/cepat/5x]  
  3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
  4. Recheck                                [semak semula]
  5. Reasonnablenes                   [jawapan berpatutan/sebaliknya]

  1. s-sumarize         [ringkaskan nota penting]
  2. t-test your self [uji diri anda]
  3. u-use                 [gunakan]
  4. V-visualize         [bayangkan selalu]

Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.


  1. Masa sebelum tidur -  masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
        MASA TERPENTIGN DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG   
                               MASA BELAJAR WAKTU SUBUH
Lain-lain masa yang perlu diurus.
  1. Masa ditelipon-pendekan perbualan
  2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
  3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
  4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
  5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
  6. Masa mendengar radio(kurangkan masa)
  7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
  8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar   ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.

Teknik Belajar PV3R


  1. Preview (tinjauan awal)
  2. Question (soal diri)
  3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
  4. Recite & write (lafaz dan tulis nota)
  5. Review (tinjauan akhir)
  6. Sumarize (ringkaskan)
  7. Test your self (uji diri anda)
  8. Use (gunakan)
  9. Visualize (bayangkan)

7 Cara Cemerlangkan Otak


  1. Positive mental attitude & positive physical action.
  2. Air-clean air for the brain.
  3. Mental Challenges for the brain.
  4. Food for the brain.
  5. Exercise for the brain.
  6. Sleep for the brain.
  7. Meditation & power brain./

Amalan peningkatan daya ingatan


  1. Faham.
  2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
  3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  4. Percaya pada diri sendiri.
  5. Ulang berkali-kali.
  6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
  7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

        AMALKAN SEMOGA BERJAYA

Tuesday, 2 September 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta.


Dikesempatan ini saya nak mengucapkan selamat mnyambut hari kemerdekaan yang ke 57 berpaksikan tema di sini lahirnya sebuah cinta..Hargailah kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.Adalah sesuatu yang signifikan kepada kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengetahui sejarah negara tercinta ini.Jadi jom baca rentetan penuh makna ini...penjelasan kronologi bagaimana merdeka terzahir...

31 Ogos merupakan detik yang amat penting buat negara kita. Pada tahun 1957, tanggal tersebut merupakan tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) seperti yang dijanjikan oleh kerajaan British dalam Perjanjian London pada tahun 1956. Setelah Suruhanjaya Reid selesai digubal dan seterusnya dikuatkuasakan, Malaysia sudah cukup sedia untuk mula berkerajaan sendiri. Maka, pada tarikh 31 Ogos 1957, negara kita secara rasminya diisytiharkan bebas daripada kuasa asing.


Satu pemasyhuran kemerdekaan dibuat khas untuk detik bersejarah itu bagi menunjukkan rasa bangga dan semangat patriotisme kepada tanah air yang dicintai. Pemasyhuran ini menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah pun dibebaskan daripada penjajahan British untuk selama-lamanya.




Perisitwa Pemasyhuran Kemerdekaan.
30 Ogos 1957.
Pada malam 30 Ogos 1957, ramai orang berkumpul di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur untuk menantikan detik 12.00 tengah malam yang menandakan kemerdekaan negara. Apabila jam menunjukkan waktu 12.00 tengah malam, bendera Union Jack yang berkibar di padang tersebut diturunkan oleh beberapa orang pemuda UMNO. Kemudiannya, mereka menaikkan pula bendera Persekutuan Tanah Melayu untuk menggantikan bendera British itu.
Perisitwa tersebut disaksikan oleh ribuan rakyat negara dan mereka bersorak penuh kegembiraan sebaik sahaja bendera tersebut mencecah bumi. Mereka juga melaungkan “MERDEKA” untuk menandakan kemenangan rakyat yang terlepas daripada belenggu penjajah. Malam itu, sebilangan besar rakyat Tanah Melayu berada di Padang Kelab Selangor untuk menyaksikan bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah di puncak tiang.


Bendera Union Jack diturunkan


Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan






31 Ogos 1957.
Pemasyhuran kemerdekaan telah dilaksanakan dengan penuh gilang gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Uniknya, stadium tersebut hanya siap dibina sehari sebelum pemasyhuran kemerdekaan diadakan. Bangunan ini dibina khas untuk upacara pengisytiharan kemerdekaan dan ia telah melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka.
Ribuan rakyat datang membanjiri stadium tersebut. Setiap tempat duduk dipenuhi oleh mereka yang sanggup datang jauh demi menyaksikan pemasyhuran ini. Di pentas khas, raja-raja Melayu yang segak dengan pakaian rasmi songket serta dipayungi dengan payung diraja, duduk bersemayam bagi menyaksikan pemasyhuran bersama rakyat jelata.
Duke of Wellington yang mewakili Ratu Elizabeth turut hadir dan bersedia dengan dokumen penyerahan kuasa. Beliau telah memulakan upacara pada hari itu dengan menyampaikan ucapan Ratu England.Setelah itu, beliau menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, ketua negara Persekutuan Tanah Melayu. Peristiwa ini menandakan pemulangan semula kuasa politik negara kepada pemerintah tempatan setelah diperintah beratus tahun lamanya oleh penjajah. 


Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Parti Perikatan (bakal Perdana Menteri yang pertama) tampil ke hadapan bagi membaca pengisytiharan kemerdekaan itu dengan lantang sekali. Setelah selesai, Tunku kemudiannya melaungkan seruan MERDEKA! sebanyak tujuh kali. Para penonton yang hadir menyahut seruan Tunku dengan melaungkan kembali seruan MERDEKA!. Semangat cinta akan negara membakar diri mereka ditonjolkan melalui suara lantang mereka menyambut seruan Tunku.
Di sini kami ada beberapa gambar yang dapat kami kumpulkan...

Akhbar Berita Harian menyiarkan berita kemerdekaan Tanah Melayu


Akhbar Utusan Zaman turut menyiarkan peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan


Akhbar The Malay Mail memaparkan Pemasyhuran Kemerdekaan di muka depannya.

Tunku Abdul Rahman memimpin rakyat melaungkan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali.
Begitulah suasana di Stadium Merdeka pada pemasyhuran kemerdekaan 1957. Sesungguhnya, kemerdekaan negara ini adalah hasil perjuangan keramat setiap rakyat yang berusaha mendapatkan kemerdekaan untuk negara yang mereka cintai. Kita haruslah menghargai jasa mereka dengan mengekalkan kemerdekaan negaraserta memajukan dan menyokong pembangunan negara yang berlangsung.