music player


counters

Tuesday 27 September 2016

Perdana Menteri Malaysia




Hasil carian imej untuk perdana menteri malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera murid-murid...Apa khabar semua? Harap-harap semua sihat sejahtera dan bahagia selalu. Murid-murid tahu tak, dalam  standard kandungan sejarah tahun 6, ada satu tajuk yang sangat menarik dan perlu kita ketahui iaitu Pemimpin Negara. Hari ini kita akan belajar tentang perdana menteri Malaysia dari yang pertama sehingga kini. Jom kita belajar !!!


Biodata Perdana Menteri Malaysia Pertama @ 1

Bapa Kemerdekaan
NamaAlmarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Tarikh Lahir : 08 Februari 1903,
Tempat Lahir : Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda)
Tampuk pemerintahan : 13 Tahun (1957-1970)




Pendidikan :
1911 – Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar
1916 – Penang Free School, Penang
1925 – lulus B.A. dari University Cambridge
1945 – lulus LLB, dari Inner Temple, London






Biodata Perdana Menteri Malaysia kedua @ 2 



Bapa Pembangunan  
Nama :  Allahyarham Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein
Tarikh Lahir : 11 Mac 1922
Tempat Lahir : Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang
Tampuk pemerintahan: 6 tahun (1970-1976)

Pendidikan :
Sekolah Melayu Langgar, Pekan
Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK
1940 – Raffles College Singapura ± Pentadbiran
1947 – ke England sebagai Queen’s Scholar dalam bidang Undang-Undang
1950 – lulus LLB. (Hons) dari Lincoln’s Inn, Barristar at Law

Biodata Perdana Menteri Malaysia ketiga @ 3
Bapa Perpaduan
Nama : Allahyarham Tun Hussein bin Dato Onn
Tarikh Lahir : 12 Februari 1922
Tempat Lahir : Johor Bahru
Tampuk pemerintahan: 5 tahun (1976-1981)

Pendidikan :
English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge
1940 – Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India
1958 – Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln’s Inn, London

Biodata Perdana Menteri Malaysia keempat @ 4

Bapa Pemodenan Malaysia
Nama : Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tarikh Lahir : 20 Disember 1925
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Tampuk pemerintahan: 22 tahun (1981- 2003)

Pendidikan :
Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar
Sultan Abdul Hamid College dan Universiti Malaya (Singapura) lulus Ijazah Kedoktoran Perubatan MBS – 1953

Biodata Perdana Menteri Malaysia kelima @ 5

Bapa Pembangunan Modal Insan
Nama: Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Tarikh Lahir: 26 November 1939
Tempat Lahir : Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tampuk pemerintahan: 6 tahun ( 2003-2009)

Pendidikan :
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam
Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang
Universiti Malaya-Sarjana Muda Sastera dalam Bidang Pengajian Islam

Biodata Perdana Menteri Malaysia keenam @ 6
 
Nama: YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang
Tampuk pemerintahan: 2009 hingga sekarang

Pendidikan :
Institusi St. John, Kuala Lumpur
Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England.
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripadaUniversiti Nottingham, England pada tahun 1974.