music player


counters

Tuesday 14 October 2014

Persediaan untuk Peperiksaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan di ipg kampus perempuan melayu...Apa khabar semua......?Harap-harap semuanya sihat sejahtera dan bahagia selalu....Kawan-kawan, dalam kita 'honeymoon' dengan drama-drama korea seperti lovely girl, School, The heirs dan banyak serta novel-novel cinta seperti 7 hari mencintaiku, akankah bahagia itu milik kita, cinta kontrak dan sebagainya .janganlah kita lupa bahawa peperiksaan akan 'menjemput' kita tidak lama lagi...jadi banyak-banyakanlah bersedia..Sehubungan dengan itu, di sini saya ingin berkongsi serba sedikit tips-tips belajar secara berkesan..InsyaAllah...ingat kawan,berjuanglah demi ilmu berkorbanlah demi kejayaan...Oppurtunity knock but once.....jadi bersiap sedialah anda...



TEKNIK BELAJAR BERKESAN



Pengenalan


Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.


Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.

Teknik Belajar 5R-STUV


  1. Recopy                                  [salin semula]
  2. Rework all model 5 x            [buat semula contoh/cepat/5x]  
  3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
  4. Recheck                                [semak semula]
  5. Reasonnablenes                   [jawapan berpatutan/sebaliknya]

  1. s-sumarize         [ringkaskan nota penting]
  2. t-test your self [uji diri anda]
  3. u-use                 [gunakan]
  4. V-visualize         [bayangkan selalu]

Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.


  1. Masa sebelum tidur -  masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
        MASA TERPENTIGN DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG   
                               MASA BELAJAR WAKTU SUBUH
Lain-lain masa yang perlu diurus.
  1. Masa ditelipon-pendekan perbualan
  2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
  3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
  4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
  5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
  6. Masa mendengar radio(kurangkan masa)
  7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
  8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar   ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.

Teknik Belajar PV3R


  1. Preview (tinjauan awal)
  2. Question (soal diri)
  3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
  4. Recite & write (lafaz dan tulis nota)
  5. Review (tinjauan akhir)
  6. Sumarize (ringkaskan)
  7. Test your self (uji diri anda)
  8. Use (gunakan)
  9. Visualize (bayangkan)

7 Cara Cemerlangkan Otak


  1. Positive mental attitude & positive physical action.
  2. Air-clean air for the brain.
  3. Mental Challenges for the brain.
  4. Food for the brain.
  5. Exercise for the brain.
  6. Sleep for the brain.
  7. Meditation & power brain./

Amalan peningkatan daya ingatan


  1. Faham.
  2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
  3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  4. Percaya pada diri sendiri.
  5. Ulang berkali-kali.
  6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
  7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

        AMALKAN SEMOGA BERJAYA

Tuesday 30 September 2014

Rohingya sedang menderita...apa tindakan kita?




                                    Penindasan terhadap etnik Rohingya
Pengenalan
1.0  Sejarah penghapusan etnik di dunia.
                                             
Usaha penghapusan sesebuah etnik telah lama terjadi di muka bumi, dan salah satu kes penghapusan etnik terbesar yang pernah terjadi adalah penghapusan etnik Yahudi oleh Nazi Jerman semasa perang dunia ke-2. Pembunuhan besar-besaran bangsa di Rwanda adalah pembunuhan beramai pada tahun 1984 yang melibatkan beratus-ratus ribu orang (lebih kurang 500 ribu orang) dari dua kaum di Rwanda iaitu Kaum Tutsi dan Kaum Hutu menjadi mangsa. Kes penghapusan etnik atau ethnic cleansing yang cukup popular pada tahun 1990-an adalah kes penghapusan etnik Bosnia oleh Kaum Serbia. Kejadian ini berlaku kerana tidak mahu Islam menguasai Srebrenica-Bosnia, maka kaum Serbia Bosnia yang dipimpin oleh Jeneral Ratko Mladic mengarahkan tentaranya untuk membunuh 8,000 lelaki dan remaja dari Etnik Islam Bosnia di wilayah itu. Selain itu, pembersihan etnik in juga pernah berlaku pada negara Indo-China seperti Kampuchea dan Laos. Hal ini berlaku adalah disebabkan oleh perebutan kuasa. Dalam tempoh 1975 hingga 1979 sahaja, lebih daripada 2 juta rakyat Kemboja terkorban di bawah pemerintahan pemimpin Khmer Rouge, Pol Pot (Macionis, 1998: 223). Pertempuran ini juga merebak ke Laos dan pertempuran yang bermula sejak tahun 1975 oleh pihak kerajaan komunis, telah meragut nyawa seramai 300,000 orang (Pobzeb, 1997). Konflik di negara-negara Indo-China lebih merupakan jenayah kemanusiaan, di mana rakyat jelata yang tidak berdosa telah dijadikan mangsa dalam usaha penyebaran ideologi komunis.Tidak berakhir di situ, kesinambungan keganasan ini telah mereba sehingga kini melibatkan etnik minority Negara myanmar iaitu Rohingya.

1.1  Penghapusan etnik Rohingya Negara Myanmar.

Penganiayaan dan pencabulan sesebuah kaum atau etnik oleh sekelompok orang atau suatu negara adalah disebabkan oleh perasaan takut atau tidak suka dengan bakal kebangkitan atau pengaruh daripada kaum tersebut. Peristiwa penghapusan kaum yang terjadi di alaf 21 ini adalah usaha penghapusan Kaum Muslim Etnik Rohingya oleh Kerajaan Myanmar. Usaha penghapusan Kaum Rohingya ini telah lama terjadi sehingga saat ini, akan tetapi tiada sebarang tindakan mahupun tekanan kepada Kerajaan Myanmar oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) atau oleh negara adikuasa seperti Amerika, walaupun secara realitinya kerajaan Myanmar telah melakukan tindakan yang melanggar hak asasi manusia. Terdapat pelbagai faktor diantaranya faktor politik yang menyebabkan seolah-olah dunia berdiam diri terhadap nasib kaum Rohingya. Menurut sejarah, adalah diketahui bahawa usaha penghapusan kaum Rohingya telah lama terjadi di Myanmar. Dalam konteks ini termasuklah peranan Kerajaan Myanmar, masyarakat Myanmar dan yang menyedihkan, termasuk juga pemuka agama Buddha di sana yang “mengizinkan” atau menyetujui penyingkiran atau penghapusan Kaum Muslim Rohingya. Mereka memandang bahawa kaum ini bakal memberi masalah atau “menguasai” Myanmar di kemudian hari sehingga menghilangkan ciri-ciri, budaya dan agama asal Myanmar di masa hadapan. Pelbagai usaha oleh kumpulan NGO dari seluruh dunia telah dilakukan untuk menghentikan penindasan dan dan penganiyaan terhadap Kaum Rohingya ini akan tetapi usaha mereka itu sia-sia sahaja.Dari aspek Viktimologi konflik antara dua entiti dalam suatu hubungan masyarakat mengakibatkan pihak yang lemah menjadi mangsa akibat di aniaya oleh perbuatan pihak yang lebih agresif atau hebat dari segi fizikal dan kekuasaan. Maka tindakan oleh kerajaan Myanmar ini terhadap rakyat nya sendiri dari etnik yang berbeza dari arus perdana adalah suatu institutional victimization. Hal ini juga pernah berlaku di zaman Peperangan Dunia Kedua di mana pihak Nazi melakukan ethnic cleansing terhadap etnik Yahudi di negara Jerman dan juga semasa peperangan saudara di negara yang dahulunya Yugoslavia terhadap etnik Bosnia beragama Islam.

2.0 Latar Belakang negara Myanmar.
 
            Menyoroti sejarah, Myanmar merupakan sebuah negara yang mengamalkan corak pemerintahan junta tentera bermula sejak tahun 1962 di bawah pimpinan Jeneral Ne Win. Dari sudut geografi, Myanmar terletak di timur India, sebelah barat bersempadan dengan Laut Andaman, sebelah utara dengan India, timur dengan China dan selatan dengan Thailand. Luas seluruh wilayah Myanmar ini ialah 678 000 km persegi (Michael Leifer, 1995) .Myanmar terbahagi kepada empat kawasan utama iaitu Dataran Tinggi Shan, Lembah Irrawaddy, Jajaran Banjaran Utara dan Kawasan Pantai Arakan. Selanjutnya, Myanmar juga merupakan negara yang bersifat multi-etnik dimana ia telah dibuktikan oleh J. S. Furnival melalui kajian ulung beliau iaitu mengenai masyarakat majmuk dan istilah ini juga telah diguna pakai sehingga hari ini. Jika dilihat dari sudut kumpulan penduduk, umumnya penduduk Myanmar boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu Tibeto-Myanmarn, Mon-Khmer dan Tai-China (Azharudin Mohamed Dali Abdullah, 2012). Boleh dikatakan hampir 70 peratus penduduk Myanmar adalah orang Myanmarn, manakala bagi orang Shan pula mereka merupakan penduduk minoriti di negara tersebut. Di samping itu, terdapat juga etnik minoriti seperti Karen, Chin, Kachin dan Myanmar. Jika dilihat dengan lebih mendalam, di setiap wilayah Myanmar mempunyai kelompok etnik yang berbeza dan kepelbagaian etnik ini dilihat menjadi masalah utama di Myanmar sejak negara itu mencapai kemerdekaan lagi. Manakala dari sudut agama pula, majoriti penduduk mengamalkan ajaran agama Buddha dan agama ini menjadi agama negara serta menjadi teras penting terhadap masyarakat dan negara. Walau bagaimanapun, sejarah membuktikan bahawa Myanmar tidak terlepas daripada arus perkembangan agama lain seperti Islam, Kristian, dan Hindu yang menjadi agama minoriti penduduknya. Perbezaan pegangan inilah yang menyebabkan berlakunya masalah etnik yang tidak dapat diselesaikan sejak pemerintahan U Nu sehingga ke hari ini.

2.1 Asal Usul Etnik Rohingya.
Nama Myanmar yang merujuk kepada masyarakat ini adalah berasal daripada perkataan Rohang iaitu nama lama bagi Rakhine. Myanmar bermaksud ‘yang dikasihi’ atau ‘yang penyayang’. Terdapat juga pandangan lain yang mengatakan istilah Myanmar adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘Rahm’ yang bermaksud ‘simpati atau dirahmati’’
(
 Mohammad Ali Chowdhury, 2004). Namun, terdapat perbezaan pandangan antara sejarawan dan sarjana yang mengatakan bahawa Myanmar merupakan keturunan masyarakat Islam yang berasal dari Ruha atau Ruh yang terletak di Afghanistan, bukannya dari Arab. Sejarah kehadiran Rohingya ke Myanmar sangat panjang dan mempunyai fasa-fasa yang tertentu. Secara keseluruhannya, orang Rohingya merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar yang kebanyakannya tinggal di sebelah barat Myanmar iaitu Rakhine (Arakan) yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah berketurunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Rakhine dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini bermula pada abad ke-7 Masihi lagi.

            Pada hakikatnya, terdapat pelbagai pendapat yang telah dikemukakan oleh para sarjana tentang kedatangan orang Rohingya di Myanmar, antaranya ialah Abu Talib Ahmad. Beliau menyatakan bahawa masyarakat Rohingya telah datang ke Myanmar pada abad ke-20 Masihi lagi dan menetap di sekitar Akyab-Chittagong. Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Pandangan ini turut disokong oleh Aye Chan di mana beliau telah menyatakan bahawa orang Rohingya merujuk kepada keturunan imigran dari Chittagong dan mereka menetap di Rakhine setelah wilayah tersebut jatuh ke tangan British di bawah perjanjian Yandabo 1826 (
Azlinariah Abdullah, 2012) Kini, umat Islam Myanmar merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese. Namun, umat Islam Myanmar telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak junta tentera Myanmar.
           


3.0 Kronologi penindasan tidak berperikemanusiaan terhadap etnik Rohingya.
            Seperti yang kita ketahui, Rohingya telah ditindas sejak tahun 1784 lagi. Dalam perhitungan sehingga hari ini, mereka hidup dalam suasana begini sudah hampir 230 tahun.Natijahnya sudah banyak nyawa yang terkorban, jiwa yang derita, air mata sudah kekeringan, tidak ketinggalan juga yang kehilangan tempat berteduh dek perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab.Berikut adalah pengkisahan sejak detik permulaan keamanan etnik ini dicarik-carikkan oleh Negara sendiri.

1784 -Burma menyerang Rakhine pada  tahun 1784, penduduk Muslim Rakhine telah dijadikan sasaran untuk dihapuskan dan dibunuh secara besar-besaran. Motif mereka adalah untuk menukar Rakhine menjadi satu wilayah Buddha yang berpengaruh di Burma. Menyusul pemisahan Burma dari India-British dan pengenalan Peraturan Rumah (Home Rule) 1937, peluang mereka untuk menghapuskan umat Islam terbuka luas.

1942 -British keluar dari Rakhine. Penduduk Burma mengambil kesempatan ini untuk memprovokasi penganut Buddha di Rakhine. Akibatnya terjadilah kerusuhan besar yang menyebabkan 100,000 kaum Muslimin dibunuh dan ratusan ribu lagi telah melarikan diri ke Bengal Timur. 

1962 -Junta tentera mula berkuasa, senario politik di Burma berubah dengan drastik. Dengan kuasa dan kekuatan ketenteraan yang ada, penindasan besar-besaran ke atas kaum Muslimin terus meningkat berlipat kali ganda. Selama hampir empat dekad sahaja, lebih kurang 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka.

1949 -Rusuhan dicetuskan oleh Burma Territorial Forces (BTF) yang melakukan keganasan dan pembunuhan ke atas ribuan Muslim dan ratusan tempat kediaman mereka dimusnahkan.

1978 -Satu kod operasi yang dikenali sebagai Naga Ming (King Dragon Operation) telah dilancarkan oleh Majlis Negeri Rakhine (Rakhine State Council) di bawah seliaan Majlis Negara Burma (State Council of Burma) melalui Rencana 20-tahun Pembasmian Rohingya (the 20-year Rohingya Extermination Plan). 
  penderitaan yang tidak berkesudahan
Operasi ini dimulai pada 6 Februari 1978 di sebuah perkampungan Muslim terbesar, Sakkipara di Akyab, yang telah menghantar satu gelombang kejutan ke seluruh kawasan dalam masa yang singkat. Berita mengenai penangkapan dan pembunuhan besar-besaran kaum Muslimin, lelaki dan wanita, muda dan tua, penyiksaan, pembunuhan dan rogol di Akyab ini telah meresahkan kaum Muslimin di Rakhine Utara. Pada bulan Mei 1978, operasi telah sampai ke Buthidaung dan Maungdaw. Ratusan Muslim lelaki dan wanita ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara dan banyak yang disiksa dan dibunuh. Kaum wanita pula telah diperkosa di pusat tahanan. Ketakutan melihat kekejaman yang tidak berperikemanusiaan ini dan ditambah dengan nyawa, harta, kehormatan dan masa depan yang tidak menentu, membuatkan sebahagian besar Muslim Rohingya lari meninggalkan kediaman masing-masing dan lari ke sempadan Burma-Bangladesh. 

1991 -Pada 18 Julai 1991, satu lagi pembasmian etnik dilancarkan dengan nama kod ‘Pyi Thaya’. Terjadilah pembunuhan dan pemerkosaan kejam ke atas kaum Muslimin Rohingya, pemusnahan tempat tinggal mereka, termasuklah masjid-masjid. Keadaan ini sekali lagi memaksa Muslim Rohingya lari beramai-ramai meninggalkan kampung halaman mereka mencari perlindungan di Bangladesh. Akan tetapi, kerana ada perjanjian Bangladesh-Myanmar, sebahagian mereka telah dikembalikan ke Rakhine. Sebahagian lagi hidup dalam keadaan trauma dan ketakutan.

1992 hingga 1995 -Lebih dari 1,500 Muslim (kebanyakannya pemuda) telah dibunuh, ribuan lagi telah ditangkap dan disiksa dengan kejam sekali. Muslimah pula senantiasa menjadi korban pemerkosaan dan hidup dalam ketakutan. Masjid-masjid yang telah sekian lama ada dirobohkan dan diganti dengan pagoda-pagoda baru penganut Buddha. Yang lebih menyedihkan, semua pagoda itu dibangun dengan peluh dan keringat kaum Muslimin yang dipaksa bekerja keras dan disiksa untuk menyiapkannya. Dalam waktu yang sama , pemerintah ‘mencipta’ satu keadaan kelaparan di kawasan tersebut yang memaksa Muslim Rohingya keluar dari situ dan ada yang mati kelaparan .
Mereka dipenjara walaupun tidak melakukan kesalahan
2001 -Rusuhan terjadi lagi di Rakhine di mana ratusan masjid dirobohkan dan 10 Muslim serta 2 orang penganut Buddha dilaporkan terbunuh. Rusuhan ini meletus antara lain kerana pemusnahan patung Buddha yang dijumpai di Lembah Bamiyan, Afghanistan oleh Taliban dan juga kerana tersebarnya berita yang memfitnah kaum Muslimin yang dilakukan oleh penganut Buddha dan anggota-anggota ‘State Peace and Development Council (SPDC)’ pimpinan Than Shwe (Ketua Tertinggi Junta).

SPDC memang terkenal dengan gerakan ‘anti-Muslim’ yang sering mereka lancarkan di mana ulama dan guru-guru agama Muslim Rohingya sering menjadi korban kekejaman mereka, disamping wanita dan pemuda-pemuda Muslim. Kebanyakan dari pemimpin Muslim Rohingya sekarang ini sedang menjalani masa penjara yang lama atas dakwaan-dakwaan palsu yang diada-adakan terutamanya berkaitan kewarganegaraan. Selain kerusuhan dan pembunuhan, propaganda anti-Muslim merupakan satu perkara rutin yang dimainkan oleh media arus perdana Myanmar.

2003 -Buku-buku dan pita-pita rakaman yang menghina Islam dan kaum Muslimin didapati dengan mudah di seluruh Burma, malah ada yang dibahagi-bahagikan secara percuma. Pemerintah Burma percaya dapat menguasai wilayah Rohingya-Rakhine selamanya jika Rakhine berhasil diubah menjadi negeri Buddha sepenuhnya. Hasilnya, rakyat Burma dan penganut Buddha di Rakhine khususnya yang telah diracun pemikiran mereka ini terus-terusan berusaha menghapuskan Islam dan kaum Muslimin Rakhine.

2004 -Muslim Rohingya telah dipaksa untuk mengamalkan ajaran Buddha dan dipaksa ikut upacara Buddha . Mereka dipaksa menyumbang wang di dalam setiap acara Buddha yang sering dilakukan. Kawasan ibadat kaum Muslimin juga sering dicemari dengan dijadikan tempat mengubur mayat penganut Buddha. Sementara kaum Muslimin dipaksa membayar biaya pengebumian mayat saudara mereka yang meninggal dunia. Rakhine Utara dijadikan zon tentera dengan pelbagai kezaliman yang mereka lakukan atas kaum Muslimin. Muslim dieksploitasi menjadi buruh paksa untuk membangun asrama tentera, jalan, jambatan, tambak, kuil pagoda, gudang, kolam dan sebagainya tanpa bayaran apa-apa. Kaum wanita pula mengalami ketakutan dengan peristiwa pemerkosaan yang sering terjadi di kawasan tersebut, baik oleh tentera atau pihak kontraktor yang ada. 2012 -Para ekstrimis Buddha Theravadha Rakhine dan Xenophobia telah membuat banyak propaganda-propaganda anti Muslim Rohingnya. Semua itu disebarkan di dalam dan di luar Burma. Sambil melaung-laungkan slogan lama iaitu "Rohingya bukan rakyat Burma, mereka adalah pendatang asing dari Bangladesh". 

Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan sebenarnya hendak mengusir Kaum Muslimin di sana. Menurut Amnesty International dan Human Rights Watch, pasukan keselamatan negeri kini telah menjalankan tangkapan beramai-ramai umat Islam dan mereka memusnahkan beribu-ribu rumah. Antara kekejaman yang dilakukan;

3 Jun 2012 -Rombongan Jemaah Muslim Rohingya baru sahaja kembali dari pembelajaran ilmu agama di sebuah Masjid. Para Jamaah ini sedang menaiki bas menuju ke daerah Rangoon, namun di tengah perjalanan mereka dihadang oleh masyarakat Budha. Sekumpulan masyarakat ini tiba-tiba mengamuk dan berusaha membunuh semua penumpang. Seorang pemandu, pembantu pemandu dan seorang wanita terkorban. 8 orang Jemaah turut terbunuh. Lima Jamaah sempat melarikan diri. Pihak pemerintah Burma kemudiannya telah mengeluarkan arahan darurat selepas kejadian itu. Ini sekaligus memaksa masyarakat Muslim Rohingnya tidak boleh keluar dari rumahnya ketika pegawai keamanan memasuki kawasan mereka. Sebaliknya orang-orang Rakhine bebas berkeliaran sehinggakan mereka bebas menyerang, merompak dan membunuh kaum muslimin di sana. Petugas Keamanan Rakhine Merompak dan Membakar Seluruh Harta Benda Kaum Muslimin Rohingnya Ketika Darurat 

 
      
8 Jun 2012 -Pegawai Keamanan dan orang-orang Budha Rakhine telah melakukan penyerangan. Mereka membakar rumah beberapa orang. Lebih dari lima kedai pakaian dirompak, dimana jumlah kerugian sekitar 150,000,000 kyat (lebih RM 500 ribu). Sebuah masjid di kampung Sawmawna dimusnahkan. Lebih dari 200 Muslim Rohingnya cedera.

9 Jun 2012 -Penyerangan oleh para pengganas Budha Rakhine dan Pegawai Keamanan, dimana 100 orang terbunuh dan hampir 500 orang cedera. Pembunuhan terhadap Kaum Muslim di Rakhine terus berlaku walaupun pihak tentera telah menyatakan mereka sudah berjaya mengawal keadaan. Sebahagian besar kaum Muslimin Rohingnya melarikan diri ke Bangladesh melalui Akyab. Ini kerana keganasan yang terjadi di Negara bahagian Rakhine tersebut, dimana desa-desa Muslim Rohingnya dibakar dan ramai Muslim Rohingnya yang dibunuh oleh polis, Pegawai Kemanan dan para pengganas Budha. Kaum Muslimin Rohingnya beramai-ramai telah menuju ke Bangladesh, kerana memikirkan bahawa Bangladesh adalah Negara Islam, kerana sesama Muslim maka mereka akan membantu. Malah harapan hanya tinggal  harapan kerana mereka tidak diterima oleh Negara itu malah diusir.
Sehubungan dengan itu, sehingga kini, Kaum Rohingya yang menjadi pelarian di beberapa negara seperti Bangladesh (400,000 orang), Thailand (60,000 orang), Pakistan (150,000 orang), Malaysia (40,000 orang), dan masih banyak lagi di beberapa negara lain.

 Mereka ibarat pendatang dan pengemis di tanah air sendiri. Hak-hak tanah mereka di rampas, masjid-masjid dan rumah-rumah di bakar, anak-anak dan wanita di bunuh dengan kejam oleh Rakhine Buddhist.Ibadah sebagai seorang muslim tidak dapat dijalankan dengan sempurna.Hijab adalah dilarang,apatah lagi ibadah korban dan haji. Selain itu, masyarakat Rohingya juga dinafikan daripada hak mendapat jagaan kesihatan atau perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik. Mereka dipaksa membayar harga perubatan yang terlalmpau tinggi dibandingkan masyarakat Myanmar yang lain.
Namun begitu, kekejaman yang tercetus di sana seolah-olah tidak wujud dan tidak pernah terjadi apabila masyarakat dunia hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri. Sedangkan mereka di sana hanya menghitung hari menuggu pengakhiran kehidupan seperti apakah yang bakal mereka hadapi.Adakah dibunuh? Dirogol? Dibuang ke laut ? atau mati kelaparan?.
  


4.0 Faktor-faktor keganasan terhadap etnik Rohingya
            Berdasarkan kronologi yang telah terpalit dalam sejarah penderitaan etnik ini, persoalan demi persoalan pasti bermain di fikiran setiap insan yang bergelar manusia.Apakah kesalahan mereka atau apakah punca penganiayaan ini terjadi.
            Terdapat lima faktor penyumbang kepada isu keganasan dan penindasan etnik Rohingya telah dikenalpasti iaitu tidak diakui kewarganegaraannya , dikriminasi agama, sejarawan Burma menafikan kewujudan etnik Rohingya, undang-undang  ‘Citizenship Law (1982)’, dan ketidakpedulian segelintir masyarakat dunia terhadap penderitaan mereka..
           
Faktor pertama ialaMyanmar tidak akui dan mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai warganegara dan rakyatnya kerana kumpulan itu memasuki negara tersebut pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain. Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali dan anak mereka sahaja yang tinggal di negara tersebut sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948, yang dianggap sebagai warganegara. Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara tersebut.

Faktor kedua bagi kemelut ini ialah dikriminasi agama Islam olepenganut agama uddha. Hal ini keranamasjid tidak diperbaiki, penggantian  masjid dengan pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakan mereka dihadkan, dan pemaksaan keluar dari Islam dan menganut Buddha. Tambah menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di antara mereka yang ditindas, didiskriminasi,  dirogol dan sebagainya. Umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha. Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta dan terdapat sebanyak 173 etnik .Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddha.


 Seterusnya, penindasan ini tercetus kerana sejarawan Burma menafikan kewujudan etnik Rohingya dalam sejarah Burma. Ahli-ahli sejarah Burma sendiri menyatakan bahwa suku bangsa Rohingya belum pernah ada dalam sejarah Burma, dan nama Rohingya muncul setelah tahun 1950 dan belum pernah ada sebelumnya. Oleh karena itulah, pemerintah Burma menolak kewarganegaraan mereka.State Law and Order Restoration Council (SLORC) telah menyisihkan Rohingyas kerana Rohingya adalah muslim dan agama Buddha mendominasi Burma. Ini merupakan satu diskriminasi terhadap orang-orang Islam.

Selain itu, undang-undang  ‘Citizenship Law (1982)’ yang diperkenalkan oleh pemerintah junta sedikit sebanyak telah mengubah corak kehidupan etnik ini. Undang-undang ini telah menyisihkan etnik ini serta menafikan hak kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya  apabila hanya 135 etnik diiktiraf oleh kerajaan sebagai warganegara.Selama 50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan junta. Akibatnya tentera  Rohingya mengalami penyisihan tidak dilayan dengan adil dan tindakan-tindakan terhadap Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.

Akhir Sekali, ialah  ketidakpedulian segelintir masyarakat dunia. Negara jiran seperti Bangladesh menolak kemasukan pelarian  Rohingya dalam  sempadan negara mereka. Mereka tidak mengakui Roinga merupakan bangsa serumpun dengan mereka. Dasar Bangladesh telah mendapat kecaman masyarakat antarabangsa. Tindakan Banglades menghantar pelarian tersebut semula ke Myanmar lebih menyukarkan pelarian apabila ditindas semula oleh junta Burma.Selain itu antara factor lain isu ini bermaharajalela ialah dek kerana tiada sebarang tindakan mahupun tekanan kepada Kerajaan Myanmar oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) atau oleh negara adikuasa seperti Amerika, walaupun secara realitinya kerajaan Myanmar telah melakukan tindakan yang melanggar hak asasi manusia.
     

5.0 Kesan-kesan penindasan terhadap etnik Rohingya.
          Penindasan yang dijalankan oleh junta ini telah memberikan impak yang sangat mendalam terhadap etnik  Rohingya .Kesan-kesan yang ketara ialah dari aspek sosial dan ekonomi.

5.1Sosial
            Misi tidak berperikemanusiaan yang dilancarkan oleh pemerintah di Myanmar sememangnya memberi implikasi buruk kepada golongan kanak- kanak Rohingya umumnya. Hal ini disebabkan oleh mereka telah ditindas dan dinafikan hak mereka daripada mendapat pendidikan di negara mereka sendiri. Sememangnya, golongan ini berhak untuk mendapat kemudahan terutamanya berkaitan dengan pendidikan. Namun begitu, hak mereka telah dinafikan sehingga menyebabkan wujudnya masalah buta huruf dalam kalangan etnik Rohingya. Pihak pemerintah tidak menyediakan kemudahan kepada golongan ini untuk mendapatkan pendidikan seperti masyarakat Myanmar yang lain. Sekolah yang didirikan juga amat sedikit sehingga tidak mampu menampung bilangan kanak- kanak daripada golongan masyarakat ini. Pendidikan yang diberikan adalah amat terhad terutamanya di kawasan kampung. Dianggarkan bahawa hanya terdapat satu sahaja sekolah yang didirikan untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak etnik Rohingya. Tambahan pula, kerajaan telah mengenakan yuran pengajian yang cekik darah kepada golongan ini.Disebabkan tindakan kerajaan yang menghalang masyarakat ini terutamanya golongan kanak- kanak daripada mendapat pendidikan, maka kadar buta huruf dalam kalangan etnik Rohingya amatlah tinggi
(Abu Talib Ahmad, 2000).  Dengan itu, maka mudahlah pihak tersebut menjalankan kerahan tenaga ke atas masyarakat Rohingya seperti memaksa mereka terutamanya golongan kanak- kanak untuk menjadi buruh di kawasan tapak pembinaan. Hal ini disebabkan oleh pemerintah di Myanmar sememangnya berhasrat untuk menghapuskan terus etnik ini daripada bumi Myanmar. Tindakan yang mereka lakukan ini menunjukkan betapa sengsaranya kehidupan masyarakat Myanmar walaupun mereka sebenarnya berada di negara mereka sendiri. 

5.2 Ekonomi

            Impak seterusnya ialah dari aspek ekonomi, dapat  dilihat dengan jelas bahawa keadaan ekonomi kehidupan masyarakat Myanmar ini sangat mundur. Hal ini dapat dikesan melalui bebanan yang dikenakan oleh pemerintah ke atas golongan ini. Pelbagai cukai dan bayaran yang tidak seharusnya telah dikenakan kepada golongan ini, namun mereka terpaksa juga membayar kepada pihak pemerintah. Bebanan bayaran yang perlu diterima oleh etnik Rohingya ialah pemerintah Myanmar telah mengenakan bayaran kepada pasangan yang ingin berkahwin. Justeru, mereka yang ingin berkahwin diharuskan untuk membayar cukai bagi mendapatkan kelulusan untuk berkahwin. Walaupun bayaran yang dikenakan amat tinggi, namun masyarakat Myanmar terpaksa menjelaskannya bagi mendapatkan kebenaran untuk berkahwin. Selain itu, proses untuk membuat pembayaran juga amatlah rumit dan kelulusan berkahwin hanya akan dapat diperolehi dalam jangka masa yang lama.Di samping itu, mereka terpaksa berulang-alik ke kem Nasaka yang sememangnya menelan belanja yang sangat tinggi untuk menyelesaikan masalah bayaran ini. Selanjutnya, sekiranya mereka mendapat anak selepas berkahwin bayaran yang lain pula akan dikenakan kepada ibu bapa untuk mendaftar kelahiran anak tersebut. Etnik Rohingya semakin terbeban apabila bayaran tersebut semakin bertambah dari tahun ke tahun. Selain perlu membayar untuk proses perkahwinan, golongan ini juga akan dilayan dengan teruk apabila hendak mendapatkan makanan. Tambahan pula, harga yang dikenakan ke atas makanan tersebut amatlah tidak munasabah sekali. Di sini jelas menunjukkan bahawa golongan etnik minoriti ini sememangnya hidup dalam kemiskinan dan bayaran-bayaran yang dikenakan itu sememangnya memberi bebanan dan tekanan kepada kehidupan mereka. Keadaan yang berterusan ini menyebabkan etnik Rohingya terus hidup dalam kemiskinan dan kerja-kerja yang dilakukan bagi meraih pendapatan juga tidak dapat menampung kos hidup dan bayaran-bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah.
     
6.0 Kesan terhadap Malaysia

Walaubagaimanapun, hakikatnya,  isu tragis yang berlaku di myanmar ini sedikit sebanyak memberi tempias kepada Negara Malaysia dari aspek yang rencam.Antaranya ekonomi, politik, dan tidak ketinggalan juga sosial.

6.1 Sosial

Dari sudut sosial, Antara kesan yang jelas sekali ialah  kebanjiran pelarian etnik ini di negara Malasia.Bagi mereka, negara Malaysia merupakan lokasi yang selamat untuk mencari perlindungan dengan menggunakan kad pelarian UNHCR. Mereka dibenar untuk bekerja di negara ini. Namun terdapat laporan dari media maya yang mengatakan isu pelarian Rohinga menjadi pengemis di jalanan.Hal ini secara dalamanya dapat mencemarkan imej Negara.

6.2 Politik           

Selain itu, isu ini mengeruhkan hubungan antara dua agama iaitu Islam dan Buddha. Isu ini boleh memberi gambaran negative dan buruk  kekejaman penganut Buddha teradap umat Islam. Pertempuran dan penindasan sering berlaku antara orang Islam Rohingya dan penganut Buddha yang menyebabkan ramai orang Islam Rohingyat teraniaya dan hilang tempat berteduh.Dalam konteks ini,  Walaupun berbeza kaum, namun atas nama agama, umat Islam negara ini mengutuk keras tindakan kejam penganut agama Buddha terhadap etnik Muslim . Ianya sedikti sebanyak melahirkan rasa benci antara penganut  dua agama ini, dan dikhatiri juga timbul perselisihan dan perang dingin antara kedua-dua penganut agama Islam dan Buddha.

6.3 Ekonomi
Selanjutnya , impak terhadap ekonomi Negara tercetus akibat daripada Kedatangan pelarian Rohingya dalam jumlah yang banyak memerlukan kem pelarian yang besar dan mempunyai kelengkapan yang cukup bagi menampung keperluan pelarian ini. Ini memberi kos perbelanjaan yang besar kepada kerajaan dan UNHCR. Namun begitu, ianya bukanlah beban kerana adalah menjadi tanggungjawab sosial dan kemanusiaan negara ini membantu pelarian tersebut.Tambahan pula mereka adalah saudara seakidah kita. "Ini semata karena sesama
umat Islam itu bersaudara, seperti firman Allah di dalam surat Al-Hujurat ayat sepuluh.
               
Selain itu, Nilai kemanusiaan juga semakin hari semakin luntur dalam masyarakat. Isu penindasan seperti ini seakan sudah menjadi kebiasaan.Masyarakat tidak terlalu ambil peduli mengenai isu ini. Hasil pemantauan perincangan di forum Cari Gold di laman maya jelas bersetuju dengan tindakan kejam dan tiada perikemanusiaan oleh junta Burma terhadap etnik Rohingya ini.


6.0 Inisiatif dan cadangan yang boleh diimplementasikan  Bagi mengatasi kemelut etnik Rohingya.
Sesungguhnya, tiada simpulan tidak mampu dihuraikan. Setelah meneliti hujung pangkal konflik yang menyekat keamanan etnik ini, pada pendapat saya, antara inisiatif yang boleh diambil ialah kerajaan Malaysia seharusnya menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya. Seterusnya menagmbil inisiatif sistematik dan berterusan agar Rohingya dapat mendapatkan kewarganegaraan mereka.

Selain itu, masyarakat dunia perlu menggesa junta Burma menghentikan penindasan dan kekejaman ke atas orang-orang Rohingya dengan secepat mugkin sebelum lebih ramai lagi nyawa yang melayang. Penyiasatan hendaklah dilakukan secara menyeluruh bagi menentukan kedudukan sebenar orang-orang Rohingya.

Peranan Association of Southest Asian Nation (ASEAN) untuk bersuara dan meminta kerajaan Junta menghentikan penyiksaan ini amat perlu kerana Myanmar merupakan salah satu anggota ASEAN. Kerajaan Junta pula mesti menyiasat kembali undang-undang yang telah digubal khususnya Citizenship Law (1982) dan dimansuhkan. Oleh itu masyarakat Rohingya dapat diiktiraf sebagai warganegara.

Aung San Su Kyi yang pernah memenangi anugerah Hadiah Nobel yang melambangkan keamanan, kebebasan dan pejuang hak asasi manusia untuk mainkan peranan yang lebih jujur dan komited serta bertegas dengan kerajaan di Rangon untuk menghentikan kezaliman ini.
                               
                                          
7.0 Kesimpulan
Konklusinya, Aktiviti pembasmian etnik ini seolah-olah berkesinambungan dari abad ke abad sehingga kini. Umumnya, masyarakat melihat faktor kewarganegaraan dan  sebagai faktor utama yang menyebabkan Rohingya menjadi etnik paling malang di Myanmar. Walau bagaimanapun, dapat dinyatakan di sini juga bahawa faktor agama turut menjadi punca kepada penderitaan etnik ini. Selain itu, kaum ini juga dikatakan tidak memberi sumbangan kepada perkembangan ekonomi Myanmar dan dengan itulah masyarakat Rohingnya ini tidak mendapat pengiktirafan sebagai warga Myanmar. Ketiadaan identiti dan dokumen pengenalan diri menyebabkan mereka ditolak daripada Myanmar dan hal ini juga merupakan salah satu agenda utama kerajaan tersebut untuk membuang terus etnik ini dari bumi Myanmar. Pelbagai kekejaman dan penindasan yang menimpa etnik ini dari sekitar tahun 1784 sehingga sekarang mereka terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri iaitu hampir 230 tahun.Hal ini turut memberi kesan buruk kepada ekonomi, sosial apaatah lagi politik mereka. Penderitaan ini menyebabkan mereka mencari kawasan perlindungan lain dengan berhijrah ke negara jiran tetapi mereka turut diusir dari negara tersebut dengan penuh kezaliman.
Masalah orang-orang Rohingya jika tidak diselesaikan dengan segera tidak mustahil etnik ini akan terhapus dan ini juga mampu menggugat umat Islam di seluruh dunia. Semua pihak patut ambil peranan dan memperjelaskan isu ini kepada Myanmar supaya mereka mengetahui akan kezaliman yang dilakukan mereka adalah tidak berperikemanusiaan.
                                                                                                           
                                                 


  Sajak untuk Rohingya


Taufan Rohingya
Sedang dunia asyik dibuai keamnanan                                                                                             
taufan keganasan menerjah
menakluki bumi rohingya
perkhabaran duka berpusar                                                              
mengililingi, menghiasi bumi gersang itu                                                    
kencang, pantas meniup                                                       
hak asasi mereka.

Namun,
kuasa mengkaburi badai itu
penindasan rancak berjoget
pembunuhan berirama merdu
penyeksaan berpesta ria
setiap sudut dililingkari kekejaman tanpa batas
rohingya undur dengan sendiriannya
rohingya sarat menanggung harapan
sekelumit semangat mengocak sanubari
tetapi hanya hujah menjangkaui  tindakan

Lalu,
Kekecewaan jiwa lahir mencengkam
lantaran keluhan jiwa bertali sepi
itu bukan alas an, itu bukan penamat
berabad rohingya menyusuri liku
pasti bebas jua dari taklukan kekejaman.

(Alnooraisza Ahmad)
Tanjung Malim